Jumaat, 2009 Oktober 30

Ayat al-Quran pada kulit bayi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi



Sumber

subahanallah

Selasa, 2009 Ogos 25

My New Megatron TF ROTF

Koleksi latest yang ke-3 Transformers ROTF yang aku dapat ini adalah membeli melalui ebay. Kat kedai mana-mana sekarang dah susah nak cari benda ni. Kebanyakkan dah sold out. Kali ini model Megatron yang aku pilih jenis Leader Class. Lagi besar dari Voyager Class seperti Bumblebee dan Starscream yang aku beli lepas. Dan juga ada sound efek khas untuk mode robot dan mode Alien Tank.


Megatron edisi Leader Class. Tahap 4 super conversion.



Step yang aku buat tukarkan bentuk Alien Tank mode kepada robot mode.

Real life vs. toy.

Bentuk model Megatron ini bagi aku 90% hampir sama dengan bentuk Megatron di dalam filem Transformers Revenge of the Fallen. Tapi Megatron untuk Voyager Class punye terlalu banyak beza. Warnanya tak sama, kali pendek dan banyak lagi. Ok, itu saje koleksi yang aku ada sekarang. Mungkin lepas ini ada lagi model baru yang aku beli. Tak lengkap kalau tak ada leader Autobot.

Jumaat, 2009 Ogos 21

Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan



Seluruh umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan
''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat
datang Ramdhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramdhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang
kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu
seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Hr.Ahmad)



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan - Rabbani

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya memohon berbanyak kemaafan dari anda semua semoga diampunkan segala kesalahan-kesalahan yang telah saya lakukan. Insyaallah kita sama-sama mencari keberkatan di dalam mengerjakan ibadah puasa nanti.

Selasa, 2009 Ogos 18

H1N1 : WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti jika abai kesihatan





BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA

Ahad, 2009 Julai 12

My New Bumblebee TF ROTF

Ini die koleksi aku ke-2 Transformers ROTF yang dapat aku beli minggu lepas dekat Megamall Kuantan. Akhirnye dapat juge aku sambar Bumblebee Human Alliance ni. Deluxe Class tak nampak ade jual, jadi aku ambil yang Model ni. Tapi ok lah juge sebab yang ni lagi besar dari Deluxe Class. Tapi kosnye pun besarlah juge. Bumblebee Human Alliance ni juge disertakan dengan model Sam Witwicky. Rupenye adelah dekat-dekat sama dengan Sam yang betul.



Bumblebee edisi Human Alliance. Tahap 3 advanced conversion.


Step yang aku buat tukarkan bentuk Chevrolet Camaro mode kepada robot mode.


Real life vs. toy.

Bumblebee yang ni juge ade Battle Mask yang buleh slide sama macam filem. Pendek kate model yang ni pun aku puas hati same macam Starscream. Selepas ni model ape lagi aku nak cari yea...Image Hosted by ImageShack.us
By niefeng80 at 2009-07-16

Khamis, 2009 Julai 09

My New Starscream TF ROTF

Setelah misi wayang Transformers ROTF telah kami berjaya sempurnakan 2 minggu lepas, tergerak hati pule nak cari koleksi robot-robot Transformers ROTF ni. Entah kenape kali ni rase minat nak kumpul bende-bende macam ni. Hebat sungguh pengaruh filem zaman sekarang ni. Jadi aku pergilah round dekat bandar Kuantan hari sabtu lepas dengan keluarge aku. Sambil-sambil nak cari bahan-bahan jahitan, aku surveylah robot-robot Transformers ROTF juge. Hajat nak cari Bumblebee tapi satu ape pun tak ade. Yang ade cume helmet. Last-last aku pilih Starscream.


Starscream edisi Voyager Class. Tahap 3 advanced conversion.


Step yang aku buat tukarkan bentuk F-22 Raptor mode kepada robot mode.


Real life vs. toy.

Sememangnye puas hati dapat beli yang ni nak dibandingkan yang Petronas punye. Kalau ade yang Bumblebee nanti mungkin aku akan beli untuk tambahkan koleksi Transformers ROTF ni.

Jumaat, 2009 Jun 26

Michael Jackson meninggal dunia

Lame juge aku tak update blog ni. sekarang baru ade mase nak update. Nasib ade kawan baik aku bagi komen. ha ha ha.



Petang tadi agak lewat aku dapat info yang mana aku baru dapat tahu yang Raja Pop, Michael Jackson (Mikaeel Jackson) meninggal dunia pada 2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia akibat jantungnya gagal berfungsi. Michael Jackson yang meninggal dunia pada usia 50 tahun telah mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.





Syukur kerana Michael Jackson telah meninggal dunia dalam islam yang telah memeluk islam pade tahun lalu. Tak sia-sia hidupnye selame ini.



Lagu Michael Jackson - One Day In Your Life (seperti arwah sudirman dengan lagu 'Salam Terakhir')

 


Design by: Nie Feng XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring